Privacy Policy / Nota Privasi

Last Updated: 18 October 2026

(English)

1. About This Policy

CFJewelryCrafts (“we”, “us”, “our”) sells Jewelry & Fashion Accessories through our website https://cfjewelrycrafts.com/ (the “Site”).

We respect your privacy and take protecting your personal information seriously. This policy explains what personal data we collect, why we collect it, how we use, share and protect your information, and the rights you have over your personal data. By browsing the Site or placing an order, you agree to the practices described below.

2. Contact Us

Company Name: Cheong & Fu Artisan Enterprise

Business Registration No.: 003071998-P

Address: 7M, Jalan Pandan Indah 1/23B, Pandan Indah, 55100, Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.

Email: cfjewelrycrafts@gmail.com

WhatsApp: +6010-831 7204

If you have any questions about this policy or your personal data, please contact us using the details above.

3. What Information We Collect

a. Information you give us:

· Order details — your name, shipping and billing address, phone number, email address, and the jewelry items you purchase (including sizes or customization requests such as engraving).

· Payment details — your payment method and transaction reference. We do not collect or store your full card number; payments are processed securely by our payment provider(s).

· Communications — your emails, messages or WhatsApp chats with us, including inquiries and support requests.

· Marketing preferences — whether you have subscribed to receive our promotions or product updates.

b. Information collected automatically:

· Device and usage data — your IP address, browser type, device type, pages visited, and how you interact with the Site, collected through cookies and similar technologies (see Section 5).

4. How We Use Your Information

We use your personal data only for these purposes:

· To process and deliver your orders, including payment processing, packaging, shipping and sending order confirmations/invoices.

· To communicate with you about your order and provide customer support.

· To send you marketing or promotional updates — only if you have subscribed, and you can opt out at any time.

· To prevent fraud and unauthorized transactions, and to comply with legal, tax and accounting obligations.

We will not use your personal data for purposes other than those described above without notifying you and, where required, obtaining your consent.

5. Cookies

The Site uses cookies to function properly and to understand how visitors use the Site. These include essential cookies (e.g. shopping cart and secure checkout), analytic cookies (e.g. Shopify Analytics, Google Analytics) and, where you have consented, marketing cookies (e.g. Meta Pixel).

You can manage or disable cookies through your browser settings. Disabling certain cookies may affect how the Site works.

6. Who We Share Your Information With

We never sell, rent or trade your personal data. We only share it with the parties needed to run our business:

· Shopify — the platform that hosts our store and processes orders.

· Payment providers — to process your payments securely.

· Courier and logistics partners — to deliver your orders.

· Analytics and marketing tools — to understand Site usage and run marketing campaigns.

· Authorities — where required by law, court order or regulatory request.

Some of these service providers operate and store data outside Malaysia. Your information may be transferred overseas as required to complete your order. All our service providers are required to protect your personal information and only use it to deliver services to us.

7. How We Protect Your Information

We take reasonable steps to protect your personal data, including:

· Secure (SSL/TLS) connections on our website.

· Working only with trusted payment providers that meet industry security standards.

· Limiting access to personal data to those who need it.

· Regularly reviewing our security practices.

No method of transmission over the internet is completely secure, so we cannot guarantee absolute security.

8. Your Rights

You have the right to:

· Access — request a copy of the personal data we hold about you.

· Correct — request that inaccurate or outdated data be corrected.

· Delete — request deletion of your data where no longer needed.

· Opt out — unsubscribe from marketing communications at any time.

To exercise any of these rights, email cfjewelrycrafts@gmail.com. We may ask you to verify your identity first, and we will respond within the required timeline (generally within 21 days).

9. Children’s Privacy

Our Site is not intended for children under the age of 18, and we do not knowingly collect personal data from children. If you believe your child has provided us with data, please contact us and we will delete it.

10. Changes to This Policy

We may update this policy from time to time. Any changes will be posted on this page. Significant changes will be communicated to you where appropriate.

 

-------------------------------------------------------

 

Nota Privasi (Bahasa Melayu)

 1. Mengenai Nota Ini

CFJewelryCrafts (“kami”) menjual Barang Kemas & Aksesori Fesyen melalui laman sesawangkami https://cfjewelrycrafts.com (‘Laman Sesawang”).

Kami menghormati privasi anda dan mengambil serius tanggungjawab untuk melindungi maklumat peribadi anda. Nota ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, sebab pengumpulan data, cara kami menggunakan, berkongsi dan melindungi maklumat anda serta hak anda ke atas data peribadi anda. Dengan melayari Laman Sesawang atau membuat pesanan, anda setuju dengan amalan yang dinyatakan di bawah.

2. Hubungi Kami

Nama Syarikat: Cheong & Fu Artisan Enterprise

Nombor Pendaftaran Perniagaan: 003071998-P

Alamat: 7M, Jalan Pandan Indah 1/23B, Pandan Indah, 55100, Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.

Emel: cfjewelrycrafts@gmail.com

WhatsApp: +6010-831 7204

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai nota ini atau data peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan butiran di atas.

3. Maklumat Yang Kami Kumpul

a. Maklumat yang anda berikan kepada kami:

· Butiran pesanan — nama anda, alamat penghantaran dan pengebilan, nombor telefon, alamat emel serta barang kemas yang anda beli (termasuk saiz atau permintaan penyesuaian seperti ukiran nama).

· Butiran pembayaran — kaedah pembayaran dan rujukan transaksi. Kami tidak mengumpul atau menyimpan nombor kad penuh anda; pembayaran diproses dengan selamat oleh penyedia perkhidmatan pembayaran kami.

· Komunikasi — emel, mesej atau perbualan WhatsApp anda dengan kami, termasuk pertanyaan dan permintaan sokongan pelanggan.

· Keutamaan pemasaran — sama ada anda telah melanggan untuk menerima promosi atau kemaskini produk kami.

b. Maklumat yang dikumpul secara automatik:

· Data peranti dan penggunaan — alamat IP, jenis pelayar, jenis peranti, halaman yang dilawati dan cara anda berinteraksi dengan Laman Sesawang. Data ini dikumpul melalui kuki dan teknologi yang serupa (lihat Bahagian 5).

4. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami hanya menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut:

· Memproses dan menghantar pesanan anda, termasuk pemprosesan pembayaran, pembungkusan, penghantaran serta menghantar pengesahan pesanan/invois.

· Berkomunikasi dengan anda berkenaan pesanan dan memberikan sokongan pelanggan.

· Menghantar kemaskini pemasaran atau promosi — hanya jika anda telah melanggan, dan anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.

· Mencegah penipuan dan transaksi tanpa kebenaran, serta memenuhi kewajipan undang-undang, cukai dan perakaunan.

Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain yang dinyatakan di atas tanpa memberitahu anda dan mendapatkan persetujuan anda jika diperlukan.

5. Kuki

Laman Sesawang menggunakan kuki untuk berfungsi dengan baik dan memahami cara pelawat menggunakan laman. Ini termasuk kuki penting (contoh: troli beli-belah dan daftar keluar selamat), kuki analitik (contoh: Shopify Analytics, Google Analytics) dan kuki pemasaran (contoh: Meta Pixel) jika anda telah memberi persetujuan.

Anda boleh mengurus atau melumpuhkan kuki melalui tetapan pelayar anda. Melumpuhkan beberapa kuki mungkin menjejaskan fungsi Laman Sesawang.

6. Siapa Yang Kami Berkongsi Maklumat Anda

Kami tidak pernah menjual, menyewa atau menukar data peribadi anda. Kami hanya berkongsi data dengan pihak yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan kami:

· Shopify — platform yang mengehos kedai kami dan memproses pesanan.

· Penyedia perkhidmatan pembayaran — untuk memproses pembayaran anda dengan selamat.

· Rakan penghantar dan logistik — untuk menghantar pesanan anda.

· Alat analitik dan pemasaran — untuk memahami penggunaan Laman Sesawang dan menjalankan kempen pemasaran.

· Pihak berkuasa — apabila dikehendaki oleh undang-undang, perintah mahkamah atau permintaan pengawal selia.

Sebahagian penyedia perkhidmatan ini beroperasi dan menyimpan data di luar Malaysia. Maklumat anda mungkin dipindahkan ke luar negara jika diperlukan untuk melengkapkan pesanan anda. Semua penyedia perkhidmatan kami dikehendaki melindungi data peribadi anda dan hanya menggunakannya untuk memberikan perkhidmatan kepada kami.

7. Cara Kami Melindungi Maklumat Anda

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda, termasuk:

· Sambungan selamat (SSL/TLS) di laman sesawang kami.

· Bekerja hanya dengan penyedia pembayaran yang dipercayai dan memenuhi standard keselamatan industri.

· Mengehadkan akses kepada data peribadi hanya kepada orang yang memerlukannya.

· Meninjau semula amalan keselamatan kami secara berkala.

Tiada kaedah penghantaran melalui internet yang 100% selamat, oleh itu kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak.

8. Hak Anda

Anda berhak untuk:

· Akses — meminta salinan data peribadi yang kami simpan mengenai anda.

· Pembetulan — meminta data yang tidak tepat atau lapuk diperbaiki.

· Pemadaman — meminta data anda dipadam jika tidak lagi diperlukan.

· Membatalkan langganan — hentikan komunikasi pemasaran pada bila-bila masa.

 Untuk menjalankan mana-mana hak ini, hantar emel ke cfjewelrycrafts@gmail.com. Kami mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda terlebih dahulu, dan kami akan memberi maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan (biasanya dalam tempoh 21 hari).

9. Privasi Kanak-Kanak

Laman Sesawang kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan kami tidak sengaja mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak. Sekiranya anda percaya anak anda telah memberikan data kepada kami, sila hubungi kami dan kami akan memadamkannya.

10. Perubahan Kepada Nota Ini

Kami mungkin mengemaskini nota ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan pada halaman ini. Perubahan besar akan dimaklumkan kepada anda jika sesuai.

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan. (If there is any conflict between Bahasa Melayu and English version, English version shall prevail.)